Want your
own Fotopage?






 
~:~ kasih sayang penentu segala ~:~

By: atilia sayang

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 21-Jul-2009 07:21 Email | Share | | Bookmark
Artikel ~kepekaan ibu bapa terhadap pendidikan tersayang

 

Lahirnya anak-anak adalah untuk dipelihara dan dilindungi... sungguh berharga setiap kelahiran...
INSURANS PENDIDIKAN ~ PILIHAN IBU BAPA
Sumber: sisipan Majalah Pa & Ma
(Januari 2007)
Oleh : Norzehan Ngadiron

♥Menabung merupakan suatu kemestian, dan sikap ini harus dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Kelak apabila dewasa, menabung akan menjadi suatu tabiat yang positif dan memberi manfaat kepada kehidupan dan masa depan mereka.
♥Menurut Syed Zain Syed Mohammed, Pengurus Unit National Super Produser, ramai ibu bapa masih belum peka dengan tuntutan menabung. Sikap ini sebenarnya bukan sahaja harus dipupuk dalam diri anak-anak,bahkan dalam diri ibu bapa itu sendiri.
♥"Masyarakat harus sedar bahawa menyimpan wang amat penting untuk masa depan keluarga. Ingat, sebelum mereka membayar kepada orang lain, seeloknya bayar (menyimpan) untuk diri sendiri dahulu. Ketepikan jumlah wang yang tertentu, paling kurang 10 peratus dari gaji bulanan ke dalam tabungan masing-masing.
♥ "Cuba bayangkan jika suatu masa nanti, anak-anak yang berjaya dengan cemerlang dalam pendidikannya tetapi terpaksa membatalkan impian untuk memasuki institusi pendidikan tinggi sama ada dalam negara mahupun di luar negara hanya semata-mata ibu bapa mereka tidak mempunyai tabungan bagi menampung pendidikan mereka.
♥ "Dalam arus pembangunan negara yang semakin pesat, pendidikan menjadi keutamaan dalam meraih kedudukan kewangan, kerjaya dan masa depan yang stabil. Jika ibu bapa tidak ambil endah akan hal ini, nescaya akan datang anak-anak akan ketinggalan. Apatah lagi jika kelak tidak akan wujud lagi konsep biasiswa dan pinjaman untuk menampung kehidupan mereka. Ketika itu hanya simpanan kewangan yang anda lakukan sejak sekian lama akan membantu menyelesaikan permasalahan ini.
♥ "Kos pendidikan di institusi pengajian tinggi semakin meningkat tinggi dan perjalanan hidup pula menjadi semakin sukar diramal. Ini bermakna peruntukan kewangan mesti dibuat demi memastikan pendidikan anak tidak terjejas,"katanya.
♥ "Isu tabung pendidikan yang kecoh diperkatakan seperti kegagalan sesetengah pelajar mendapatkan pinjaman dan kelewatan pembayaran yuran serta kos sara hidup di universiti sudah menjadi senario saban tahun setiap kali semester baru bermula.
Baca lagi di blog takaful saya... dana pendidikan untuk tersayang

Corat-coret kasih sayang dalam 50 cara ransangan anak bijak.......


Quote:
Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya).
Antara 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.
antaranya ialah....5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.info yang lebih lagi tak rugi kalau baca...


CHO ZILA
(019- 210 4240)
Wakil Takaful IKHLAS





selamat menyertai fotopages

Entryku kali ini

Jalan-jalan Dataran Lang
Jangan lupa Padang Matsirat
Tiada hadiah nak bawa pulang
Cukuplah coklat dan minyak gamat
Thu 23-Jul-2009 06:26
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
>> welcome to fp... Sun 26-Jul-2009 17:52
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.